WAN AISHAH WAN ARIFFIN
WAN AISHAH WAN ARIFFIN 

Pemergian Aishah ke ibu kota negara jiran berkenaan baru-baru ini dengan ditemani suaminya, dikatakan diganggu dengan perbuatan-perbuatan pelik oleh makhluk yang pastinya tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Memetik hantaran Aishan di media sosial Instagram (IG) miliknya, Aishah menceritakan, bagaimanakah beliau diganggu ketika bermalam di bilik hotel berkenaan.

Memetik titipan hantaran Aishah di IGnya, "aduuuh dia 'main' campak-campak barang pulak dalam bilik air. Tutup-tutup pintu, mainkan pandangan hingga nak jatuh.

"Pasang ayat Ruqyah pun ditutup beberapa kali huhuhuhu. Dari hari pertama lagi, Allah Maha Agung. Sesungguhnya tiada kuasa melebihi kuasaNYA. Kita sama-sama makhluk, jangan ganggu boleh tak. Esok dah nak balik dah pun... Nak balik, cepatlah siang. Allahhu!," coret Aishah.

Hantaran penulisan Aishah di IGnya mendapat 835 likes dan 40 komen daripada followers atau pengikut IGnya yang antara lain mencadangkan, Aishah tidur di dalam kereta untuk mengelak daripada diganggu.

TANGKAP LAYAR

TANGKAP layar dari Instagram Aishah yang menceritakan beliau diganggu makhluk halus ketika menginap di salah sebuah hotel di negara jiran, baru-baru ini. 

Jawab Aishah, "mana ada kereta kat sini." Aishah ke negara jiran berkenaan menaiki kapalterbang.

Ada juga pengikut IG Aishah menyarankan agar dipasang surah Al-Baqarah namun kata penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu ini memberitahu, tiga kali beliau memasang surah tersebut dan ketiga-tiga kali jugalah, tertutup sendiri.

Pengikut IG Aishah yang menggunakan akaun malay.music pula mencadangkan, selipar atau kasut diselerakkan. Jangan tersusun dan dipasang surah Al-Mulk selain mendoakan yang baik-baik sahaja untuk penyanyi ini.

Begitulah serba sedikit pengalaman seram Aishah diganggu ketika menginap di salah sebuah hotel di negara jiran yang dikongsinya menerusi hantaran IG @aishahjmm. - UTUSAN ONLINE