Maxis berkata, capex tersebut adalah bagi menyokong strategi baharu syarikat untuk membina asas yang kukuh dan muncul sebagai pemain utama di Malaysia.

Maxis berkata, capex tersebut adalah bagi menyokong strategi baharu

Katanya, syarikat telah memulakan perniagaannya untuk mencari peluang dalam penyelesaian perusahaan dan per­khidmatan bersepadu merentasi semua segmen dalam tempoh lima tahun.

“Maxis mengumumkan per­belanjaan tambahan sebanyak RM1 bilion dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk menyokong strategi baharu ini dan menetapkan sasaran dalaman bagi pendapatan per­khidmatan untuk tempoh lima tahun lebih daripada RM10 bi­lion menje­lang 2023,” katanya dalam ke­nyataan di sini hari ini.

Kumpulan telekomunika­si itu merekodkan penurunan margin perolehan kepada RM9.19 bilion bagi tahun kewangan 2018 berbanding RM9.41 bilion tahun sebelum­nya.

Pendapatan sesaham Maxis untuk tempoh berkenaan adalah sebanyak 22.80 sen.

Bagi tahun kewangan yang disemak, Maxis merekodkan perolehan perkhidmatan sebanyak RM8.06 bilion, turun 2.5 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu RM8.27 bi­lion.

“Penurunan dalam pendapatan perkhidmatan prabayar sebahagiannya diimbangi oleh pertumbuhan pendapatan perkhidmatan perniagaan pascabayar dan fiber rumah.

“Pendapatan perkhidmatan pascabayar kami meningkat 5.1 peratus kepada RM4.07 bi­lion pada tahun kewangan 2018 disokong oleh asas langganan yang kukuh dan mempunyai lebih daripada tiga juta pelanggan,” katanya.

Kumpulan itu merekodkan pertambahan 282,000 pelanggan baharu dan pendapatan purata tinggi setiap pengguna (ARPU) sebanyak RM93 sebulan.