Menurut Shopee, dengan meninjau data pembeli lelaki, Shopee dapat mengkaji dengan lebih mendalam tentang kecenderunganpengguna lelaki.

Kategori Paling Banyak Dikunjungi

Daripada membeli komputer riba kepada aksesori seperti fon telinga kalis air, kamera papan pemuka kereta, alat permainan, pengecas mudah alih dan kad memori mikroSD.

Kategori Mudah Alih dan Aksesori Shopee kekal sebagai kategori paling banyak dikunjungi oleh pembeli lelaki.

Telefon pintar seperti Realme 2 Pro, honor 9 Lite dan Honor 8x habis dijual dalam masa beberapa minit selepas pelancaran eksklusif pada 2018.

Aktiviti membeli-belah peranti dan peralatan mudah alih meningkat sebanyak 10 peratus antara pukul 8 malam dan 9 malam, yang menunjukkan pengguna lelaki mahu membeli gajet dan aksesori mereka selepas waktu kerja.

Bagi Yang Tampan Lagi Bergaya

Memandangkan kaum lelaki semakin menitikberatkan soal penampilan, mereka lazimnya lebih suka gaya minimalis dengan memakai T-shirt biasa dan blazer kasual, dan yang boleh didapati dengan mudah di Shopee.

Malah ramai yang sanggup berbelanja lebih RM400 untuk membeli jam tangan, bukan sahaja untuk diri mereka tetapi juga untuk teman wanita, adik, kakak dan isteri kerana jam tangan wanita adalah antara produk yang paling kerap dibeli oleh pembeli lelaki.

Untuk melengkapkan penampilan mereka, Shopee meramalkan peningkatan pesanan bagi pomade, serbuk pemutih gigi, cologne dan juga pupur muka, menjadikan kategori Kesihatan dan Kecantikan kedua paling dikunjungi oleh pembeli lelaki.

Buat Sendiri

Kaum lelaki kini mula memanfaatkan teknologi untuk melakukan kerja rumah memandangkan perbelanjaan besar yang dibuat ke atas barangan mahal seperti pembersih vakum robot yang menelan belanja lebih RM1,050.

Bagaimanapun, mereka juga sanggup menyingsing lengan dan buat sendiri dengan peningkatan permintaan dalam alat DIY, alat ganti motosikal dan aksesori dan alat ganti kereta.

Segalanya Yang Diperlukan Lelaki

Walaupun ramai lelaki tidak suka bersiar-siar mencuci mata di pusat beli-belah, pembelian di platfrom e-dagang membolehkan mereka menjimatkan masa, berbelanja dalam keselesaan rumah sendiri atau semasa dalam perjalanan.

Kempen Shopee for Men(Shopee untuk Lelaki) memenuhi keperluan dan kehendak kaum lelaki.

Diadakan dari 21 hingga 25 Februari, rebut tawaran koleksi Shopee for Men bagi jaminan harga paling rendah atau terima pulangan wang 200 peratus; baucar wang kembali 200 peratus setiap hari, pelan pembayaran ansuran 0 peratus, dan tawaran hebat RM25 dengan penghantaran percuma.

Shopee juga akan melancarkan permainan dalam aplikasi baharu, Slicing Samurai yang menguji kebolehan pengguna menghiris produk maya untuk memenangi hadiah menarik, syiling dan baucar Shopee.

Shopee for Men meliputi lima hari bertema:

● 21 Februari: Pelbagai tawaran gajet bagi PeminatTeknologi, Permainan dan Kereta dengan jenama seperti Samsung menganjurkan jualan tempahan awalS10 dengan tawaran tunai kembali RM100, TMT yang menawarkan produk IT dan permainan termampu dan minyak enjin Petron yang terdiskaun dan tulen.

● 22 Februari: Gedung fesyen terkini dan bergaya bagi Jejaka Bergaya termasuk pakaian lelaki, aksesori, produk dandanan dan penjagaan kulit daripada Timberland, Fossil Levi’s, Ubermen, Nivea, Dashing, Head and Shoulders dan banyak lagi.

● 23 Februari:Penggiat Kecergasan dan Kesihatan boleh membeli produk, perkakas dan kelengkapan kecergasan terkini, peralatan sukan, pemakanan tambahan kesihatan, adunan protein dan serbuk dadih susu daripada jenama seperti GNC dan Optimum Nutrition.

● 24 Februari: Lelaki Sudah Berkeluarga boleh menyemak tawaran peralatan keperluan rumah, produk kediaman dan kehidupan, buku, permainan, barangan serbaneka dan banyak lagi dan mendapatkan barangan pesanan di hadapan pintu mereka.

● 25 Februari: Kempen berakhir dengan Super Men Day, yang menawarkan harga tiada tandingan dan tawaran hebat bagi pelbagai produk lelaki meliputi semua kategori.