Pengerusi Maxis, Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda berkata, Ogut, yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi Maxis sejak 1 September 2018, mengambil alih jawatan berkenaan daripada Robert Nason, yang kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif sementara Maxis.

“Kami yakin beliau adalah orang yang tepat untuk memacu strategi baharu Maxis serta memberi tumpuan kepada inovasi dan pertumbuhan berbekalkan pengalaman luas yang dimilikinya,” katanya dalam kenyataan di Bursa Malaysia di sini hari ini.

Ogut sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Vodafone Turki. -UTUSAN ONLINE