Isteri Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datin Syazlina Bahardin berkata, program tersebut bertujuan untuk menyantuni para ibu dalam proses menerima cahaya mata baharu khususnya golongan belia.

“Program ini merupakan anjuran Puteri UMNO Wilayah Persekutuan yang pertama diadakan dan hari ini memasuki siri ke tiga selepas diadakan di Wilayah Persekutuan Labuan baru-baru ini.

Selain itu, ini merupakan pendekatan yang baru diperkenalkan untuk mendekati masyarakat setempat menerusi lawatan hospital-hospital terpilih,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan, Sharifah Aminah Syed Mohssain. - UTUSAN ONLINE


Video oleh FAUZI SUHAIMI