Penasihat Agama dan Media PPIM, Tuan Asmawi Tuan Umar berkata, pewartaan yang akan dilaksanakan pada Mac ini didakwa menimbulkan keresahan penduduk kerana kebanyakan pengguna kawasan parkir tersebut adalah penduduk tetap.

“Memandangkan ini adalah kawasan penempatan perumahan yang tidak mempunyai kemudahan tempat letak kereta yang mencukupi, maka ia dilihat satu ketidak adilan daripada MPAJ yang mahu mengambil kesempatan di atas kesusahan penduduk.


“Ini juga tidak sejajar dengan hasrat Kerajaan Malaysia Baharu yang mahu memberikan keselesaan dan ruang kepada rakyat untuk bernafas di tengah-tengah kemelut ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu Tuan Asmawi berkata, pihaknya memohon Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin untuk campur tangan bagai menyelesaikan permasalahan tersebut.

“Semua pihak diseru mencari alternatif serta jalan keluar untuk tidak membebani rakyat dengan pelbagai jenis cukai baharu bagi tujuan mengaut keuntungan jangka masa panjang,” katanya. - UTUSAN ONLINE