Menurut kenyataan MBSA, borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web http://www.mbsa.gov.my dan diserahkan kepada Bahagian Pengangkutan Bandar MBSA pada Jumaat ini sebelum pukul 12 tengahari.

“Lot-lot gerai di kawasan tersebut akan beroperasi pada pukul 7 pagi sehingga 12 malam dan hanya dibuka untuk perniagaan makanan, minuman siap dan barang serbaneka,” katanya melalui laman web itu di sini hari ini.

Orang ramai boleh menghubungi MBSA di talian 03- 55105133 untuk pertanyaan lanjut. - UTUSAN ONLINE