Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Norhaslinda Nordin memberitahu, penangguhan itu dibuat selepas mengambil kira nasib golongan peniaga di kawasan berkenaan.

“Kami akan mencari jalan penyelesaian terbaik berhubung isu penutupan pasar malam ini selepas bantahan dilakukan oleh peniaga,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hari ini Utusan Malaysia melaporkan arahan penutupan pasar malam oleh pihak berkuasa tempatan itu yang didakwa menyebabkan kesesakan lalu lintas. - UTUSAN ONLINE