Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, kemakmuran yang meningkat pada waktu ini menjadikan rantau ini menarik untuk pelaburan.


Sehubungan itu, beliau malah memberitahu, Malaysia juga boleh menjadi platform untuk melancarkan produk dan perkhidmatan ke pasaran-pasaran baharu.


“Persekitaran yang mesra perniagaan dan kerajaan yang pro perniagaan seharusnya meyakinkan anda bahawa Malaysia merupakan pilihan terbaik untuk dijadikan hab untuk menguruskan pelaburan anda semua,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian pameran Franchise International Malaysia (FIM) 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.


Yang turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA), Datuk Radzali Hassan.-UTUSAN ONLINE