MBPJ dalam satu kenyataan memberitahu, pemilik premis berkenaan akan diberi tempoh selama tujuh hari untuk membuat pembayaran penuh cukai tertunggak dan menuntut semua harta alih yang dirampas.

“Kegagalan membuat pembayaran dalam tempoh ditetapkan boleh menyebabkan harta alih tidak boleh dituntut dan akan dikategorikan sebagai barangan lelongan awam. Rampasan harta alih itu dilakukan mengikut jumlah tunggakan dan dibawa ke majlis.

“Selama tiga hari operasi diadakan, MBPJ berjaya mengutip jumlah tunggakan sebanyak RM66,837.25 yang dibayar secara dalam talian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE