Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Dr. Chamil Wariya berkata, sumbangan kewangan yang diterima daripada agensi korporat dan media turut meliputi penajaan meja dan barangan bagi cabutan bertuah.

“Sejumlah 347 penyertaan telah diterima menerusi 19 kategori yang dipertandingkan. Penilaian karya kewartawanan kini memasuki pusingan kedua dan senarai lima calon teratas akan dipilih sebagai pemenang,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penyerahan sumbangan Malam Wartawan Malaysia (MWM) 2018 di sini hari ini.  - UTUSAN ONLINE