Bantuan berbentuk barangan keperluan harian seperti beras, gula, minyak masak dan serbuk kopi itu diagihkan bagi persediaan menghadapi kemungkinan banjir ekoran hujan berterusan sejak dua hari lalu.


Saidi berkata, beliau mengambil inisiatif itu atas rasa tanggungjawab setelah mengambil iktibar kesukaran penduduk kampung untuk mendapat bekalan setiap kali berlakunya banjir. 


Katanya, sasaran utama penerima bantuan ini adalah orang miskin termasuk ibu dan bapa tunggal yang tinggal di kawasan berisiko banjir.


“Kita faham, mereka tidak mampu mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk membeli barangan keperluan harian sebagai bekalan di musim banjir jadi, atas rasa kesedaran itu kita cuba membantu.


“Sekurang-kurangnya sedikit sebanyak bantuan ini bukan sahaja dapat meringankan beban perbelanjaan tetapi menyenangkan mereka terbabit sekiranya berlaku banjir,” katanya ketika mengagihkan bantuan tersebut di sini hari ini.


Saidi yang juga seorang ahli perniagaan memberitahu, beliau akan berusaha untuk melestarikan tanggungjawab terhadap masyarakat yang memerlukan mengikut kemampuan yang ada.


“Tanggungjawab ini sekali gus juga menjadi pelengkap kepada saya dalam merealisasikan prinsip perjuangan parti yang mengutamakan soal kebajikan rakyat,” katanya. - UTUSAN ONLINE