Habuan itu diumumkan sendiri oleh Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menerusi ciapan dalam akaun Twitter rasminya kepada orang ramai yang membantu pihak berkuasa menangkap penjenayah tersebut.

“Pejabat saya (Parlimen Kepong) menawarkan RM10,000 kepada orang ramai yang boleh membekalkan maklumat boleh dipercayai kepada pihak polis sekali gus membawa kepada penangkapan seorang lelaki tempatan yang bertindak kejam terhadap wanita tersebut.

“E-mel pejabat saya: [email protected],” katanya dalam laman sosial tersebut yang mendapat 339 ulang ciapan dan 152 tanda suka di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu, mangsa seorang perempuan berusia 48 tahun ditumbuk serta ditendang beberapa kali dalam lif berkenaan tanpa belah kasihan.

Mangsa mengalami kecederaan bengkak pada dahi dan kesakitan pada beberapa bahagian badan. - UTUSAN ONLINE