Beliau berkata, kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Akhbarnya, Lim Swee Kuan adalah pandangan peribadinya dan beliau menyerahkan perkara itu kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo untuk menyiasat.

‘‘Ia hanyalah aduan peribadi, saya telah pun bercakap dengannya (Swee Kuan) selepas insiden itu,’’ kata beliau selepas majlis pecah tanah pembinaan Menara Sentral RAC (Railway Assets Corporation) di sini, hari ini.

Berikutan isu itu, Gobind meminta RTM mengemukakan laporan berhubung dakwaan bahawa stesen penyiaran kerajaan itu cuba mensabotaj menteri.

Ketika ditanya sama ada kenyataan Kuan dilihat sebagai me­langgar kebebasan media, Anthony berkata: ‘‘Kita ingin tahu, ia adalah acara siaran langsung tetapi mengapa bahagian-bahagian tertentu acara itu tidak disiarkan.’’

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya akan berbincang dengan Prasarana Malaysia Bhd. bagi menambah baik langkah keselamatan di semua stesen transit aliran massa (MRT).