Setiausaha Agungnya, Hasnal Rezuan Merican berkata, sudah sampai waktunya kerajaan bertindak tegas dalam menangani isu berkenaan.

Katanya, isu ini melibatkan kepentingan dan masa depan peniaga warga tempatan yang terpaksa bersaing dengan PATI.

“Lambakan dan monopoli PATI dalam perniagaan di pasar-pasar borong boleh menimbulkan banyak masalah jika tidak dibendung dengan segera.

“Kebimbangan dan masalah ini sudah banyak kali dibangkitkan, malah, sudah banyak kali juga penguatkuasaan dijalankan. Namun, ia seperti tidak mendatangkan sebarang kesan. Seolah-olah mereka kebal dengan undang-undang dan seperti ada pihak tertentu yang melindungi mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan khas Mingguan Malaysia pada 4 Mac lalu me­ngenai kebanjiran warga asing di Pasar borong Selangor, Pasar Borong Kuala Lumpur dan Kompleks Pasar Besar Jalan Meru, Klang.

Laporan khas tersebut turut mendedahkan bukan sahaja PATI menjadi pekerja, malah ada bergelar tauke dengan menyewa lot daripada peniaga tempatan yang ‘mengalibabakan’ tapak dan lesen perniagaan masing-masing. -UTUSAN ONLINE