Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, orang Melayu bukan hanya kumpulan majoriti di negara ini, malah mereka juga paling dominan dalam pasukan penguat kuasa seperti polis dan tentera.

“Tiada apa yang mustahil, terutama 70 peratus rakyat negara ini adalah orang Melayu dan wujud pengaruh yang cukup hingga mereka percaya kononnya kedudukan orang Melayu terancam.

“Polis dan tentera juga adalah institusi yang majoriti orang Melayu. Jadi penting untuk kita menguruskan isu ini dengan hati-hati,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, dalam wawancara bersama Malaysiakini, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dipilih rakyat hari ini perlu dipertahankan daripada gerakan ‘deep state’ yang mahu menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik seperti yang berlaku di Mesir. - UTUSAN ONLINE