NURUL IZZAH ANWAR menjawab soalan wartawan di lobi Parlimen, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN ONLINE/ABDUL NAZIR MOHAMED

Jelasnya, walau bagaimanapun adalah lebih elok perkara itu diselesaikan apabila tiba masanya.

“Saya sentiasa ingin memberi sumbangan dalam pelbagai cara yang saya mampu, sebab itu saya bertanding.

“Saya percaya kita boleh melakukan beberapa perubahan dengan pelbagai cara. Saya telah belajar banyak perkara daripada sektor pembangunan…jika perlu, apabila tiba masanya,” katanya.

Jumaat lalu, beliau dalam wawancara dengan akhbar Singapura, The Straits Times mendedahkan rancangannya untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat untuk tempoh sepenggal sahaja.

Mengulas lanjut mengenai tindakannya meletakkan jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Sabtu lalu, Nurul Izzah menjelaskan, struktur badan tersebut perlu diletakkan pada tempat yang sepatutnya untuk memantau dan perisai kepada segala ketirisan.

Kata beliau, Pakatan Harapan (PH) harus meneliti kemungkinan ketirisan dalam badan eksekutif dan PAC adalah fungsi utama untuk menangani perkara itu.

“Saya terlalu menghormati (Datuk Seri Dr.) Ronald Kiandee. Saya pernah bekerjasama baik dengan beliau tetapi akhirnya struktur (PAC) perlu diutamakan.

“Ini bukan masalah individu, tetapi siapa yang mendudukinya. Struktur perlu diutamakan untuk menghalang segala ketirisan,” katanya. - UTUSAN ONLINE.