Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenyataan Ahli Parlimen Marang itu tidak perlu diulas lanjut.

“Siapa yang kata begitu? Jika Abdul Hadi, okey. Cukuplah satu perkataan itu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Sementara itu, Anggota Jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah), Hanipa Maidin berkata, beliau langsung tidak terkejut dengan kenyataan bekas Presidennya itu.

“Kalau Pas cakap begitu saya tak terperanjatlah, kalau Pas (kenyataan) ini saya tak terperanjat langsung, yahudi, bohong boleh semua.

“Bagi saya Pas ini setiap hari kamu akan dapat ‘new unquote fatwa’ sebab itu saya pernah gelar Pas ini parti suci sebab isu-isu agama mereka seorang sahaja boleh cakap,” katanya.

Semalam, Abdul Hadi ketika program Pidato Himpunan Ummah Selangor di Sabak Bernam berkata, tindakan membantah itu sama dengan sikap orang Yahudi yang menentang usaha Nabi Muhammad SAW menyatukan umat Islam.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, Abdul Hadi menegaskan kedua-dua parti kini bekerjasama bagi menyelamatkan negara. - UTUSAN ONLINE