Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin berkata, langkah tersebut boleh memberi kesan ekonomi berantai kepada keseluruhan rakyat Malaysia termasuk pekebun, penggiat sektor perkhidmatan teksi serta penginapan.

"Kerajaan akan melakukan beberapa inisiatif bagi menarik perhatian peminat-peminat durian (pelancong asing) untuk makan durian di Malaysia. Ia lebih menguntungkan rakyat.

"Pelancongan durian ini adalah strategi yang kementerian akan memberi fokus supaya menjadikan durian sebagai sumber kekayaan baru kepada rakyat Malaysia. Ia adalah halatuju yang lebih menguntungkan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang bertanyakan mengenai eksport durian ke China dalam sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE