Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming malah berkata, tidak disebut mengenai kereta terbang dalam projek kereta nasional berdasarkan dasar automotif yang dikaji.

“Saya rasa perkara ini sesuatu yang perlu diperjelaskan. Ia (RM8 juta) digunakan untuk pembangunan prototaip. Sepanjang pengetahuan saya, prototaip tersebut tidak membabitkan kereta terbang,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini

Pada Januari lalu, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof mengumumkan peruntukan sehingga RM20 juta bagi membangunkan prototaip projek kereta nasional ketiga.

Komitmen Mohd. Redzuan terhadap kereta terbang membuatkan ramai pihak menganggap projek kereta nasional itu adalah bagi menghasilkan kereta terbang.-UTUSAN ONLINE