Mohamad yang juga Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH) berkata, pengamal undang-undang yang akan bertanggungjawab dalam pendakwaan anaknya yang ditahan baru-baru ini kerana didapati positif dadah.

“Saya serahkan kepada pengamal undang-undang.

“Tiada komen. Tidak komen apa-apa,” katanya yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Kementerian Dalam Negeri dalam jawapan bertulis pada 4 April lalu memaklumkan kes anak menteri yang disiasat di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 akan didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat.

Kata kenyataan itu, laporan patologi telah diterima oleh pihak polis dan kertas siasatan telah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara.

Soalan nombor 24 itu sepatutnya ditanya oleh Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang mempersoalkan kenapa ujian air kencing anak menteri Pakatan Harapan (PH) mengambil masa yang lama. - UTUSAN ONLINE