Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tempoh lanjutan sehingga September ini bagi membolehkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) meneliti pilihan-pilihan lain.

“Kita minta lebih banyak masa daripada Singapura untuk meneliti kos projek tersebut.

“Sudah tentu kita akan meneliti kos projek tersebut dan bagaimana boleh kita mengurangkan kos-kos lain yang boleh digunakan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Sabtu lalu, Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan memberitahu, Singapura dan Malaysia akan mengumumkan keputusan bersama mereka mengenai projek RTS dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) tidak lama lagi.

“Pertemuan dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia) sentiasa mengujakan, menyumbang saran idea bagaimana untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala kita,” demikian catat Boon Wan merangkap Menteri Penyelaras bagi Infrastruktur Singapura dalam akaun Facebook miliknya, baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE