Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendesak orang orang awam untuk membuat laporan polis sekiranya mengesyaki atau mengenal pasti sebarang aktiviti mencurigakan yang cenderung ke arah kegiatan keganasan.

“Serangan militan Daesh merupakan isu yang sangat membimbangkan dan dipandang serius oleh Kementerian Dalam Negeri.

“Sebab itu jika ada tanda-tanda kegiatan keganasan, orang ramai yang tahu mengenai sesuatu perkara yang luar biasa, harus dilaporkan kepada polis,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

Februari lalu, Penyelidik Keganasan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Mohd. Kamarulnizam Abdullah meramalkan Asia Tenggara mungkin menjadi hab seterusnya kumpulan Daesh. - UTUSAN ONLINE