Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, hal ini kerana perkara sama berlaku semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Tegas Perdana Menteri, kepemimpinan lalu turut cuba memadamkan sejarahnya pada negara.

“Lihat balik amalan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN terdahulu.

“Malah, kalau boleh mereka cuba memadamkan saya daripada sejarah negara,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa kerajaan supaya memberi peruntukan sama kepada semua wakil rakyat termasuk pembangkang.

“Pertama, bukan saja soal janji dalam manifesto tetapi bawah Perlembagaan Persekutuan juga, mesti bersifat adil.

“Jadi saya rasa, pohon kepada kerajaan, timbang peruntukan yang adil kepada semua Ahli Parlimen,” katanya dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2018. - UTUSAN ONLINE