Atas sebab itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyarankan semua pendeposit Tabung Haji supaya terus mengekalkan simpanan masing-masing dalam institusi kewangan Islam itu.

Tegas beliau, langkah tersebut bagi memastikan badan berkanun yang ditadbir mengikut Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) terus kekal utuh dan berjaya di dunia.

“Simpanan para pendeposit dijamin selamat walaupun kerugian cuba digembar-gemburkan, daripada segi simpan tetap terjamin oleh kerajaan.

“Pada umat Islam anggaplah ia tanggungjawab kita mempertahankan Tabung Haji sebagai jihad ekonomi,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.

Pada Jumaat lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof mengumumkan agihan hibah atau bonus bagi tahun kewangan 2018 pada kadar 1.25 peratus melibatkan pengagihan RM913 juta kepada semua pendeposit.

Kadar hibah itu merupakan agihan terendah dalam sejarah. - UTUSAN ONLINE