Sebaliknya, pengecilan saiz perkhidmatan awam hanya melibatkan sebanyak enam peratus penjawatan yang tidak diisi.

Demikian jaminan disuarakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Md. Farid Md. Rafik yang turut memberitahu kerajaan sentiasa memantau bagi memastikan keberkesanan penjawat awam sedia ada supaya tiada pertindihan fungsi berlaku.

Katanya, tahun ini terdapat 1.7 juta jumlah penjawatan wujud dalam perkhidmatan awam dengan 1.6 juta jawatan diisi.

"Jumlah pengisian merangkumi 94 peratus, jadi ada enam peratus lagi penjawatan tidak diisi. Kadar ini konsisten dari tahun ke tahun.

"Dari segi pengurangan, kita lihat jawatan itu tidak diisi tetapi penyampaian perkhidmatan dapat dioptimumkan. Kita tak sentuh penjawat awam yang ada bersama kerajaan hari ini," katanya dalam sesi soal jawab Sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang bertanya sekiranya pengecilan jumlah perkhidmatan awam akan memberi impak berganda kepada pelbagai isu lain termasuk menimbulkan masalah sosial. - UTUSAN ONLINE