Sebaliknya, pengecilan saiz perkhidmatan awam hanya melibatkan sebanyak enam peratus perjawatan yang tidak diisi.

Demikian jaminan disuarakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Md. Farid Md. Rafik yang turut memberitahu, kerajaan sentiasa memantau bagi memastikan keberkesanan penjawat awam sedia ada supaya tiada pertindihan fungsi berlaku.

Katanya, tahun ini terdapat 1.7 juta jumlah perjawatan wujud dalam perkhidmatan awam dengan 1.6 juta jawatan diisi.

“Kita tak sentuh penjawat awam yang ada bersama kerajaan hari ini,” katanya dalam sesi soal jawab si­dang Dewan Rakyat hari ini