Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berpendapat adalah lebih baik hal-hal berkaitan dengan pelaburan diulas oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

“Tiada sebarang kaitan dengan Kementerian Pembangunan Usahawan, maksudnya dia (Mohd. Redzuan) tiada locus standi, saya ada.

“Saya tetap dengan pendirian saya seperti yang Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin iaitu pra syarat untuk syarikat itu memperbaharui lesen adalah menghantar pembuangan sisa bahan radioaktif ke Australia,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Mohd. Redzuan memberitahu, pelaburan Lynas di negara ini ‘terlalu besar’ untuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengabaikan.

“Pada pendapat saya, kita perlu berbincang dalam Kabinet, kita perlu meneruskan dan isu sisa itu perkara yang berlainan. Terdapat alternatif lain untuk menguruskannya,” kata Ahli Parlimen Alor Gajah itu. - UTUSAN ONLINE