Perdana Menteri berkata, tindakan itu bukan termaktub kepada menteri-menteri daripada kerajaan lalu sahaja.

“Kita mendapati semasa era Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) terdapat cukai yang besar telah dikenakan kepada beberapa individu yang terkumpul untuk 10 tahun lalu. Sudah tentu ia tidak sah.

“Kamu tidak boleh mengumpul atau menggunakan kaedah baharu untuk mengira cukai sedangkan individu berkenaan telah membayar cukai mereka mengikut pengakuan awal undang-undang,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Beliau diminta mengulas sama ada terdapat beberapa tindakan lain akan dikenakan terhadap menteri-menteri daripada kerajaan Barisan Nasional (BN). - UTUSAN ONLINE