Beliau berkata, ia merangkumi 530,000 permohonan baharu serta 2.67 juta permohonan pengemaskinian data.

"Jumlah ini akan terus meningkat berdasarkan proses kemasukan data kini masih sedang dilaksanakan Lembaga Hasil Dalam Negeri dan dijangka mencecah empat juta permohonan," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang meminta kementerian menyatakan jumlah pendaftaran baharu dan pengemaskinian BSH.

Guan Eng berkata, bagi mengurangkan ketirisan dalam mengendalikan BSH, maklumat yang diterima daripada pemohon akan dipadankan dengan data agensi kerajaan bagi menentukan kelayakan setiap permohonan.

Beliau berkata, tiga agensi iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) turut dilibatkan menjadikan keseluruhan 16 agensi terlibat dalam memastikan mereka yang benar-benar layak, menerima bantuan.

"Ini juga bagi menangani kesilapan kemasukan dan pengecualian," katanya.- BERNAMA