Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, ini kerana pandangan semua pihak sama ada setuju atau tidak dengan rancangan tersebut sentiasa diambil kira.

“Ramai tidak setuju, ramai juga yang setuju hakikatnya perkara ini diambil kira oleh DBKL dan mereka pun ada perbincangan dengan pihak berkenaan.

“Dakwaan kononnya jika pemindahan bazar terbabit ke Jalan Raja berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad boleh mengotorkan bangunan warisan berkenaan, ia sebenarnya tidak menjadi masalah,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

DBKL sebelum ini berkata operasi bazar Ramadan Lorong Tuanku Abdul Rahman/Jalan Masjid India dan kawasan sekitarnya pada tahun ini akan dipindahkan ke Jalan Raja iaitu berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad di ibu negara.

Keputusan DBKL itu walau bagaimanapun menerima bantahan daripada golongan penjaja dan badan bukan kerajaan (NGO) mendakwa lokasi baharu bazar itu akan menimbulkan pelbagai masalah termasuk kebersihan. - UTUSAN ONLINE