Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin ketika menjawab perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2018 (2019) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Jelas timbalan menteri itu, segala isu-isu terperinci mengenai masalah serta usaha-usaha kerajaan untuk menanganinya akan dinyatakan dalam kertas putih itu.

Beberapa pihak sebelum ini menagih tindakan segera daripada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang diterajui Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar segera menyusun langkah memulihkan Felda berbanding hanya mendedahkan penyelewengan yang berlaku dalam agensi tersebut.-UTUSAN ONLINE