Beliau memanggil Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PH-Tanah Merah) sahabat sebelum menjawab soalan yang dikemukaan ahli Bersatu itu mengenai kes rasuah dalam kalangan penjawat awam dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

"Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Tanah Merah," sebelum menjawab soalan tersebut.

Kata-kata beliau menyebabkan ahli-ahli pembangkang ketawa memandangkan Ikmal Hisham merupakan bekas ahli Parlimen UMNO dan hanya menyertai Bersatu beberapa minggu lalu.

"Jangan marah. Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang belum menyeberang dan akan menyeberang (lompat parti) pada masa akan datang," balas Mohamed Hanipa kepada pembangkang.

Ketika menjawab soalan tersebut, timbalan menteri itu berkata, jumlah tangkapan yang melibatkan penjawat awam bagi tahun 2018 adalah seramai 418 orang.

"Dalam tempoh yang sama seramai 140 orang telah dituduh di mahkamah atas kesalahan-kesalahan di bawah bidang kuasa suruhanjaya," katanya.-UTUSAN ONLINE