Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ia berikutan kos penyelenggaraan kapal mewah itu hampir RM2 juta setiap bulan.

“Jika kita dapat jual cepat dengan harga terbaik yang munasabah, sekurang-kurangnya kita tidak perlu menanggung jumlah sekurang-kurangnya RM2 juta setiap bulan.

“Ini adalah harga terbaik, anda tidak akan gembira dengan harga, anda sentiasa ingin lebih, itu normal,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau diminta mengulas sama ada pembelian kapal mewah yang kini berpangkalan di Langkawi, Kedah oleh Genting Malaysia Bhd. itu merupakan harga yang terbaik.

Peguam Negara, Tommy Thomas hari ini dalam satu kenyataan berkata, kapal mewah Equanimity akan dijual kepada Genting Malaysia Berhad atau syarikat tujuan khas (SPV) milik Genting.

Kenyataan itu berkata, penjualan kapal itu dibuat selepas Mahkamah Admiralti Kuala Lumpur hari ini memberi kelulusan untuk menerima tawaran membeli Equanimity daripada Genting atas terma-terma dan syarat-syarat syerif. - UTUSAN ONLINE