Perdana Menteri berkata, UMNO sebelum ini yang tidak memberi nama calon bagi menggantikan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.

“Apabila Ronald mengumumkan untuk menyertai Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), UMNO pada ketika itu tidak mengemukakan nama calon pengganti untuk jawatan Pengerusi PAC, sebab itu kita teruskan jawatankuasa itu kepada beliau.

“Sekarang sudah ada calon, jadi kita perlu tanya calon tersebut terlebih dahulu sama ada beliau bersetuju adatu tidak atas lantikan ini,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.

Dr. Mahathir yang juga Pengerusi PH akan membawa usul Ahli Parlimen Parit Sulong daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Noraini Ahmad menggantikan Ronald ke sidang Dewan Rakyat yang kini berada di tempat ke sembilan dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUN) Dewan Rakyat hari ini. - UTUSAN ONLINE