Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, pembinaan itu akan melibatkan kerjasama pelbagai kementerian, kerajaan negeri dan pemaju swasta.

Tambahnya, kementeriannya sahaja akan membina 546,000 unit daripada jumlah sejuta yang dirancang.

“Kementerian mengadakan beberapa sesi libat urus dengan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dan Jabatan Perangkaan dan beberapa pihak untuk membina data raya (big data).

“Ia akan membantu kementerian membuat anggaran yang lebih tepat bagi mengelakkan masalah seperti lokasi tidak strategik dan unit-unit yang tidak terjual,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (PH-Jerlun) tentang rancangan pembinaan rumah mampu milik semasa sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini. - UTUSAN ONLINE