Situasi itu berlaku ketika Mohamed Azmin mahu menjawab soalan tambahan daripada Khairy yang bertanyakan tentang peruntukan kepada Sabah dan Sarawak.

Soalan itu dilontarkan memandangkan kerajaan mahu meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menjadikan kedua-dua negeri itu sebagai rakan sama rata atau 'equal partner'

"Terima kasih Yang Berhormat Rantau..Maaf," kata Mohamed Azmin sebelum menjawab soalan tersebut.

Keadaan tersebut membuatkan ahli Dewan Rakyat memberikan pelbagai reaksi termasuk pembangkang yang menganggap tindakan Mohamed Azmin itu sengaja dilakukan dan menyuarakan keyakinan Barisan Nasional (BN) akan memenangani Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Mohamed Azmin diperhatikan mempunyai 'kehebatan' memberi kenyataan berbentuk sindiran termasuk ditujukan kepada parti lawan dan partinya sendiri.

Hari pengundiaan PRK DUN Rantau yang terletak di bawah Parlimen Rembau, akan berlangsung pada 13 April ini.-UTUSAN ONLINE