Dalam operasi dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada pukul 3 petang itu, pihak polis turut merampas empat buah basikal lajak remaja terbabit.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, kesemua suspek berusia 14 tahun dan masih bersekolah.

“Kita menjalankan operasi tersebut hasil daripada maklumat awam dan mendapati kesemua suspek menunggang basikal lajak yang telah diubah suai secara berbahaya.

“Susulan itu, kita telah merakam percakapan penunggang basikal dan penjaga mereka untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, tindakan diambil mengikut Peraturan 42(1)(a) LN 166/59 Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959. - UTUSAN ONLINE