Beliau yang juga Ahli Parlimen Ledang menerima PhD dalam bidang Pengurusan Pembangunan bersama dua lagi tokoh politik iaitu Pengerusi Perbadanan Pemba­ngunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr. Noraini Ahmad serta bekas Ahli Parlimen Bukit Katil, Datuk Dr. Md. Sirat Abu.

Yang turut menerima PhD ialah Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong, Datuk Dr. Lilah Yasin maisng-masing dalam bidang Pengurusan Awam.

Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, seramai 245 gra­duan menerima ijazah PhD pada konvokesyen kali ini.

“Jumlah graduan yang menerima PhD meningkat 38.42 pe­ra­tus berbanding tahun lalu iaitu seramai 177 orang,” katanya dalam satu kenya­taan di sini hari ini.

Antara tokoh lain yang turut menerima PhD ialah Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa yang menerima PhD Pendidikan.

Sementara itu, Pengarah fi­lem dan penulis skrip terkenal, Datuk Dr. Abdul Razak Mohaideen menerima PhD Pengurusan.

Mereka merupakan tujuh graduan kenamaan yang me­nerima PhD yang disempurnakan Canselor UUM, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.