Dalam kenyataan bersama hari ini, MRL dan CCCC menegaskan, tiada sebarang kontrak bagi kerja-kerja sivil ECRL melalui tawaran secara terus.

“Tiada ejen atau pelobi dilantik untuk memudahkan proses pra-kelayakan kontraktor tempatan sebagai penender berpotensi bagi pakej kerja sivil ECRL di dalam penyertaan 40 peratus kontraktor tempatan seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian tambahan (SA) (ECRL) kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pelaksanaan (EPCC) yang ditandatangani pada 12 April lalu.

“Tiada kontrak untuk kerja-kerja sivil ECRL akan diberikan melalui tawaran secara terus.

“Tuntutan mana-mana pihak yang menyatakan mereka telah dijanjikan kontrak sebagai kontraktor utama projek ECRL secara tawaran terus adalah tidak benar,” kata kenyataan tersebut. - UTUSAN ONLINE