Mereka ialah Muhammad Kamil Yahya, Abdul Hadi Mohd Subki, Syamil Rosli dan Muhammad Dhiauddin Ahmad Termizi dari Fakulti Kejuruteraan serta seorang lagi dari Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Nik Mohammad Aiman Bin Ibrahim.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UTM, Prof. Dr. Durrishah Idrus berkata, pentauliahan ini merupakan usaha pelbagai pihak di kampus itu ermasuk Pusat Islam untuk melahirkan graduan holistik dan serba boleh dalam pelbagai bidang selain daripada bidang pengajian mereka.

Menurutnya, Pentauliahan ini melayakkan mereka menjadi imam di Masjid Sultan Ismail, UTM dan akan mengimamkan solat mengikut jadual yang ditetapkan serta

dilatih menjadi Khatib bagi solat jumaat.

“Ini menunjukkan bahawa UTM bukan sahaja melahirkan graduan yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang, mereka turut berkelayakan menjadi imam dan tenaga pengajar pada masyarakat setempat.

“Diharap pelajar-pelajar UTM dapat meneruskan kecemerlangan dan menjadi contoh kepada semua pelajar dalam mendidik generasi muda menimba ilmu di dunia dan akhirat,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Dhiauddin yang baru dinobatkan sebagai Johan Menghafaz al-Quran peringkat Pahang pada 29 November tahun lalu bersyukur dengan nikmat yang dianggapnya sebagai satu penghargaan serta ujian untuk dirinya dan rakan-rakan lain.

“Saya memandang pentauliahan ini sebagai cabaran untuk peningkatan diri,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE