Apa yang lebih menarik, platform e-dagang terkemuka Asia Tenggara dan Taiwan itu mendapati wujud peningkatan dalam tempahan bagi pomade, serbuk pemutih gigi, penyembur wangian dan facial mask, menjadikan kategori kesihatan dan kecantikan sebagai kedua tertinggi yang dilawati oleh pembeli lelaki,

Menurut Shopee, kategori mudah alih dan aksesori kekal sebagai kategori paling banyak dikunjungi oleh pembeli lelaki bagi pembelian komputer riba serta aksesori seperti fon telinga kalis air, kamera kereta, peranti permainan, bank kuasa dan kad memori microSD.

Katanya, telefon pintar seperti Realme 2 Pro, honor 9 Lite dan honor 8x antara produk yang laris dijual dalam masa beberapa minit selepas dilancarkan secara eksklusif di platform berkenaan pada 2018.

“Pembelian gajet dan telefon mudah alih meningkat 10 peratus dalam tempoh masa di antara pukul 8 hingga 9 malam, ini bermakna pengguna lelaki lebih gemar melakukan pembelian selepas waktu pejabat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shopee menyaksikan peningkatan dalam aktiviti pembelian daripada kaum lelaki dalam aplikasinya memandangkan lebih ramai golongan itu mendapatkan produk mereka di dalam talian.

Ia turut mengumumkan kempen ‘Shopee for Men’ bermula 21 hingga 25 februari ini. Para pengguna Shopee boleh menikmati jaminan harga terendah atau menerima pulangan wang kembali 200 peratus, baucar pulangan tunai setiap hari, pelan pembayaran ansuran sifar peratus dan tawaran istimewa RM25 beserta penghantaran percuma. - UTUSAN ONLINE