Kedua-dua pelakon itu yang nama sebenar mereka ialah Fa­rid Kamil Zahari, 36, dan Aaron Mustapha Aziz, 41, bakal mene­rima Darjah Indera Mahkota P­a­hang (DIMP) yang membawa ge­laran Datuk.

Dalam istiadat kali ini, seramai 21 penerima dianugerahkan Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri manakala lima pene­rima dianugerahkan Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) dengan gelaran Datuk Indera.

Seramai 12 orang pula mene­rima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) dan 78 penerima DIMP dengan kedua-duanya mem­bawa gelaran Datuk.

Mendahului senarai penerima dengan dianugerahkan SSAP ialah isteri Setiausaha Agung UMNO yang juga Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Pengerusi Ba­dan Amal Kasih Ibu Putrajaya, Datin Seri Anggraini Sentiyaki.

Penerima lain ialah Penasihat Undang-undang negeri, Datuk Sham­sulbahri Ibrahim; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda negeri, Datuk Abu Bakar Harun; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohd. Johari Hussain dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas negeri, Datuk Norol Azali Sulaiman.

Turut menerima SSAP ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia ne­geri, Datuk Shahaniza Shamsuddin; Pengerusi Jawatankuasa Dak­wah Islamiah dan Tugas-tugas Khas negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad; Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Amer Awal dan Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim.

Penerima lain ialah Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Dr. Mohammed Azman Aziz; Pengarah Urusan Wirajaya Tuah Sdn. Bhd., Datuk Azman Ismail; Pengarah Kotamas Development (M) Sdn. Bhd., Datuk Wong Haw Ran; Pengurus Besar Kanan Lembaga Tabung Haji, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman; Pengarah Urusan Kharisma Wira Sdn. Bhd., Datuk Azri Murad; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Rail Link Sdn. Bhd., Darwis Abd. Razak dan Pengurus Si­ngaport Technologies Engineering Pte Ltd, Lim Seng Hock.

Sementara itu, lima penerima SIMP antaranya Pengarah Urusan APEX Capacity Sdn. Bhd., Tengku Datuk Yusof Tengku Zainal Karib; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Ma­ritim Malaysia, Laksamana Madya (M) Datuk Mohd. Taha Ibrahim; Wakil Peribadi Ahli Parlimen Pekan, Datuk Zainal Abidin Pa’wan dan Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Mohd. Aripin Daud.

Sultan Ahmad Shah turut ber­kenan mengurniakan DSAP kepada 12 individu iaitu Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Da­tuk Saiful Azly Kamaruddin; Timbalan Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Mohd. Roze Shaari; Timbalan Ketua Pengarah Ibu pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Paddy Abd. Halim; Ketua Jabatan Ortopedik dan Traumatologi Hospital Su­ngai Buloh, Datuk Dr. Zamyn Zuki Mohd. Zuki.

Sementara itu, 78 individu pu­la dianugerahkan DIMP antaranya Pengarah KGSS Venture Hol­dings Sdn. Bhd., Tengku Ferozdin Tengku Abdul Rahim; Ketua Pe­gawai Eksekutif Felcra Berhad, Datuk Zulkarnain Md. Eusope; Pengarah Kastam Kelantan, Datuk Mohd. Nasir Yusoff; Ahli Dewan Negara, Senator Zahari Sarip; Pengarah Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan, Profesor Dr. Nasehir Khan E M Yahya; Pe­ngarah Hubungan Antarabangsa (Bahagian Penyelidikan) Jabatan Perdana Menteri, Norzuhdy Mohammad Nordin dan bekas Wa­kil Tetap Malaysia ke UNESCO, Mohd. Zulkifli Mohammed.

Penerima lain ialah Setiausa­ha Politik Timbalan Perdana Menteri, Dr. Ahmad Masrizal Muham­mad; Ahli Lembaga Pengarah TESDEC Services Sdn. Bhd., Sai­ful Bahri Baharuddin; Ketua Unit Kardiologi Pusat Jantung dan Paru-paru Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Oteh Maskon.