Mayat mangsa, Mohd. Hakimifirdhaus Abdul Raki, 21, dari Kampung Banggol Tasek, Bukit Payung, Marang, ditemukan kira-kira pukul 3.40 petang oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Ketua Cawangan Pengurusan Balai dan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohamed Zulkhairul Mohamed Razilah berkata, mangsa ditemukan tidak jauh dari lokasi dia disyaki lemas pada kedalaman kira-kira tiga meter.

"Bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira pukul 2.38 petang.

"Anggota skuba telah membuat selaman di lokasi mangsa hilang dan apabila ditemukan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mayat Mohd. Hakimifirdhaus diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Kawasan perkelahan itu dibuka semula Mac lalu setelah ditutup pada penghujung 2015 ekoran tragedi yang meragut nyawa lima sekeluarga.-UTUSAN ONLINE