Allahyarham Nurul Aimuni

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa Nurul Aimuni Ab Rahman dikatakan ke lokasi untuk melihat air yang mulai melimpah di kawasan tersebut ekoran hujan lebat sepanjang hari ini.

Turut bersama mangsa ketika kejadian itu ialah, ibunya, Suziana Seman, 35, dan dua adiknya, Musliha,7, serta Aqilah,5.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner, Ibrahim Saad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Katanya, kejadian itu bukanlah insiden lemas akibat banjir dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.- UTUSAN ONLINE