Mangsa, Amer Nur Rashid Abdul Rashid, 28, ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih kira-kira pukul 11.26 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, operasi mencari mangsa bermula sejak semalam selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.48 malam semalam.

“Jenazah mangsa ditemukan di dasar tasik pada kedalaman tujuh meter oleh pasukan penyelam bomba.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk dihantar ke Hospital Kajang untuk dibedah siasat,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE