Menurut sumber, lelaki berusia 47 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4.25 petang selepas hadir memberi keterangan di Ibu pejabat SPRM Putrajaya.

“Peguam tersebut dipercayai telah menerima wang berkenaan daripada akaun bank seorang individu iaitu hasil aktiviti haram membabitkan beberapa keping cek berjumlah RM15 juta ke dalam firma guamannya antara tahun 2014 hingga tahun 2015.

“Individu tersebut dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek tersebut.

Tambahnya, suspek akan menghadapi dua pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA). - UTUSAN ONLINE