Malah, majlis perkahwinan Mohd. Rizuwan Mohamad, 30, dan pasangannya, Nurfarahasmat Ismail, 25, semalam, turut diserikan dengan kibaran Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan.

Majlis yang dihadiri kira-kira 500 tetamu itu turut meriah apabila pasangan tersebut mengenakan dua pasang persalinan masing-masing berwarna merah dan biru yang merupakan warna yang terdapat pada Jalur Gemilang.

Menurut Nurfarahasmat, walaupun dilahirkan dalam keluarga Melayu namun tradisi kaum Cina seperti tarian naga ini amat dekat dengan masyarakat Pasir Mas.

“Di negeri ini, kita mempunyai masyarakat Cina Peranakan Kelantan dan majoriti komuniti itu ramai yang tinggal di sekitar kawasan ini (Pasir Mas). Cara hidup mereka juga sama dengan masyarakat Melayu di negeri ini.

“Jadi saya fikir tidak salah saya menampilkan sisi budaya masyarakat setempat kepada tetamu. Malah, persembahan Muay Thai turut dipersembahkan dengan kibaran Jalur Gemilang pada majlis perkahwinan saya ini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. – UTUSAN ONLINE