Oleh itu, Kafe Makan Coffee House di Hotel Royal Kuala Lumpur pada minggu lepas telah tampil dengan 13 sajian tradisi dengan bertemakan Khazanah Warisan Melayu.

Pada majlis pra-bufet yang diadakan, pihak pengurusan hotel telah mengundang beberapa wakil media massa untuk merasa dan menikmati sajian yang bakal dihidangkan sepanjang bulan Ramadan kelak.

Menurut Pegawai Perhubungan hotel, Nur Qistina Charmaine Wong, setiap tahun Hotel Royal Kuala Lumpur akan tampil dengan pelbagai menu yang membuka selera khususnya di bulan puasa.

NUR QISTINA CHARMAINE WONG
NUR QISTINA CHARMAINE WONG 

"Untuk tahun ini, pakar masak hotel, seorang Chef yang berasal dari Sabah akan menyediakan masakan daripada 13 buah negeri termasuk dari Sabah dan Sarawak sebagai sajian kepada pengunjung hotel yang memilih untuk berbuka puasa di sini," katanya.

Qistina berkata, sempena bulan Ramadan nanti, masakan atau makanan tradisi Melayu yang disediakan oleh chef di hotel ini bukan sahaja sajian yang membabitkan lauk pauk.

"Selain daripada makanan atau main course, tentunya disajikan secara bufet segala jenis kuih-kuih Melayu dan pencuci mulut citarasa Barat walaupun fokus utama ialah khazana warisan Melayu.

"Saya percaya, selain daripada menu makanan, kuih muih yang menjadi pencuci mulut yang disediakan oleh chef di Hotel Royal Kuala Lumpur, menepati selera dan citarasa kebanyakan orang," jelasnya.

Katanya lagi, mulai 7 Mei sehingga 3 Jun depan, para pengunjung Hotel Royal Kuala Lumpur boleh menjamu selera, Bufet Ramadan di Kafe Makan Coffee House tanpa perlu bimbang untuk mengerjakan solat Maghrib dan terawikh kerana di premis hotel, turut disediakan surau yang mampu menampung bilangan pengunjung.

Sementara itu, Chef Sudin Ahmad, anak kelahiran Tuaran, Sabah berkata, beliau yakin sajian Bufet Ramadan di Hotel Royal Kuala Lumpur dengan hidangan bertemakan Khazanah Warisan Melayu pasti digemari ramai.

Memulakan karier dalam bidang kulinari sejak tahun 1999, Chef Sudin merupakan seorang chef berpengalaman dan pernah berkhidmat di beberapa hotel dalam negara.

"Antaranya, saya pernah berkhidmat di Hotel Shangri-La di Sabah, Hayatt Hotel di Johor, Hotel Sheraton Imperial dan Westin Hotel di Kuala Lumpur.

Kafe Royal

BUFET RAMADAN bertemakan Khazanah Warisan Melayu menyajikan masakan daripada 13 negeri, bermula pada  7 Mei sehingga 3 Jun depan. - UTUSAN ONLINE/HASNURUL MOHAMED

"Dengan pengalaman yang ditimba, apabila berkhidmat di Hotel Royal Kuala Lumpur, saya mahu menyajikan 80 peratus makanan Melayu di sini," ujarnya.

Kata Chef Sudin lagi, signature dish yang menggamit pelanggan untuk berbuka puasa ialah Rendang Tok, Ikan Patin Tempoyak, Ikan Singgang dan banyak lagi.

"Pelbagai jenis ulam-ulaman juga ada dan pencuci mulut seperti bubur juga disediakan. Semuanya mengikut citarasa dan tekak Melayu," katanya.

Bagi anda yang ingin menikmati juadah berbuka puasa, Bufet Ramadan di Hotel Royal Kuala Lumpur, harga seorang dewasa RM50 sahaja dan setiap hari, menu yang dihidangkan adalah berbeza- beza. - UTUSAN ONLINE