Beberapa tahun yang lalu, di Matic Jalan Ampang dibuka Restoran Saloma yang beroperasi menyediakan sajian tempatan sebelum pengurusannya diambil alih oleh pihak lain yang sekali gus diperkenalkan sebagai WoW KL.

Hari ini, The Love House of Celebration menjadi pengurus baharu yang ingin memberi pilihan terbaik kepada para pengunjung Matic Jalan Ampang pada bulan Ramadan nanti.

Berkonsepkan hidangan secara bufet dengan tema Cinta Rasa 13 Negeri di The Love for Malaysia @ Matic, pembukaan Bufet Ramadan akan diadakan mulai 8 Mei depan bersamaan dengan 3 Ramadan 1440.

kambing cinta rasa

HIDANGAN kambing bakar menanti and yang memilih untuk berbuka puasa di The [email protected], Jalan Ampang, Kuala Lumpur. - UTUSAN ONLINE/HASNURUL MOHAMED

Sajian disediakan bukan sahaja oleh Chef Ekeskutif The Love @Matic, Ku Jamaluddin, gembeling tenaga dalam penyediaan sajian kepada para pelanggan di bulan Ramadan nanti, turut dilakukan oleh Chef Faizal Rosman yang mengetuai Dapur Melayu atau Malay Kitchen The Love House of Celebration.

"Insya-Allah akan ada kira-kira 150 hidangan yang disajikan pada Ramadan dan semestinya, sebagai Chef dari Dapur Melayu, masakan Melayu adalah sentuhan peribadi saya.

"Di sini nanti, pelanggan yang berbuka puasa boleh merasai keenakan ayam masak daun kadok selain daripada juadah tradisi Rendang Tok serta masakan Negeri Sembilan," katanya yang mempunyai 12 tahun pengalaman dalam penyediaan masakan Melayu.

kuih

PELBAGAI aneka kuih muih tradisional Melayu turut disajikan pada bulan Ramadan nanti. - UTUSAN ONLINE/HASNURUL MOHAMED

Menurut Chef Faizal lagi, segala ilmu masakan yang ditimba sewaktu menjadi chef di tempat-tempat peranginan dalam negara dan di hotel bertaraf lima bintang akan digunakannya untuk menyadikan masakan tradisional Melayu daripada 13 buah negeri.

Itulah sebabnya, kata anak kelahiran Felda Selancar 3, Kuantan, Pahang ini, Cinta Rasa 13 Negeri yang menjadi tema Bufet Ramadan The Love for Malaysia @Matic bukan sekadar tulisan sebaliknya diterjemahkan menerusi keenakan makanan yang disajikan.

pecal

PECAL juga disajikan di The Love @Matic, Jalan Ampang mulai 8 Mei depan bersamaan dengan 3 Ramadan 1440. - UTUSAN ONLINE/HASNURUL MOHAMED

Menurut Chef Faizal lagi, menguasai masakan Melayu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan tetapi disebabkan minatnya yang mendalam untuk menjadi seorang chef, hari ini beliau mampu menyediakan hidangan yang menyelerakan.

Oleh itu, kata Chef Faizal, semua orang boleh memasak tetapi teknik masakan dan air tangan yang menjadi kunci kepada kelazatan sesuatu hidangan yang disajikan.

"Sejak saya berumur 12 ke 13 tahun lagi, saya memang suka memasak kerana arwah ayah saya memang tukang masak. Dari situ, saya mempelajari cara-cara memasak makanan tradisi kita, orang Melayu.

"Lagi pun, semua orang mahu bergelar chef atau tukang masak tetapi bagi saya, kita perlu berbangga dengan masakan tradisi Melayu," katanya.

Selain daripada hidangan lauk pauk, turut disajikan hidangan pembuka selera seperti rojak tradisi dan aneka hidangan kerabu serta pencuci mulut termasuk tapai ubi, wajik, akok dari negeri Cik Siti Wan Kembang dan kuih muih tradisional iaitu baulu, peneram dan putu kacang.

The Love @Matic
 

Pelbagai jenis bubur juga menjadi hidangan.

Di sepanjang bulan Ramadan, seramai 150 anak-anak dari rumah-rumah kebajikan, anak-anak yatim, golongan asnaf, ibu-ibu tunggal dan warga emas akan berbuka puasa di The [email protected] setiap hari.

Bufet Cinta Rasa 13 Negeri berharga RM98.80 seorang (dewasa) manakala kanak-kanak berumur enam sehingga 12 tahun, RM49 seorang. - UTUSAN ONLINE